Salam hari selasa semua, hehe..Sekadar mahu berkongsi panduan untuk solat hari raya esok.Memandangkan kita sembahyang raya ni hanya 2x setahun, jadi saya agak ramai yang lupa cara-cara macam niat n so on. Jadi ni sebagai peringatan la untuk saya dan korang semua esok supaya dapat menunaikan sembahyang raya dengan lebih betul dan mendapat pahala dari-Nya.
Lafaz niat Solat Sunat Aidiladha
- Solat hari raya dua rakaat dimulai dengan ihram diikuti dengan doa iftitah.
- Kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali sambil mengangkat tangan selari dengan bahu sebagaimana takbiratul ihram
- Hendaklah diselangi di antara dua takbir sekadar masa membaca satu ayat sederhana dan sunat membaca di antaranya
" Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahuakbar "
(Yang bermaksud, Maha suci Allah, dan segala pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar.
- Seterusnya membaca "Auzubillahi minasy syaitonirrajim", Fatihah dan satu surah atau beberapa ayat.
- Selepas takbir ketika bangun pada rakaat kedua, hendaklah bertakbir sebanyak lima kali sebelum memulakan bacaan dan setiap takbir diselangi dengan bacaan tasbih sebagaimana yang disebutkan tadi.
Yang bermaksud, Amru bin 'Auf al-Muzani R.A meriwayatkan Nabi S.A.W bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil ADha) , pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.
3 memBebEL:
Salam.. bro nice info! minta izin copy paste kt blog sy. >>mukahaluih.blogspot.com<<
salam...silakn... =)
Thanks bro! :>
Post a Comment