October 09, 2011

Peristiwa di LRT Masjid Jamek

hoho...lame dah tak update belog ni...huhu...
nak cerita suatu kejadian..haha...tapi xla gempak sgt..hehe
hari tu, sky pergi kL jmpa Cik ehem..ehem...
kita org ronda2 la kL sepuas hati hari tu,
tapi peristiwa berlaku time petang da,time nak hantar Cik ehem,ehem ni kt Plaza Rakyat coz dia nak balik tg.malim...

time tu kat stesen masjid Jamek, coz da lewat nak pergi takut terlepas bas,
kitaorang cepat2 la berlari naik eskeletor(naik smbil berlari..bayangkan..)sebab da dengar lrt tu sampai,
tima nak masuk tu alarm da bunyi tanda pintu nak tutup,
sky sempat masuk tapi tengok belakang...
adess...ade pulak seseorang tertinggal kat luar...haha....

dalam hati risau da si dia tertinggal kat luar,muka dia pon sky tengok cuak pelik da..
macam takut,nak nangis pon ade kot..haha..da la org agk ramai time tu..
tapi camne plak,tetiba pintu lrt terbuka balik,dia pon cepat2 masuk...
ohoo..alhamdulillah....mayb driver tu nampak kot ada seseorang tertinggal kat lua dalam kesedihan..haha...



tapi pape pon,itu la pengalaman sky dengan Cik Ehem Ehem....Still Alive....moga dia tak serik lagi nak berkejar lrt dengan sky....haha...

dah,itu je nak kongsi sedikit pengalaman..korang camne..pernah ada pengalaman camni..?

September 28, 2011

Kepada Yang Bergelar Anak

Mana Mak?' 
Jam 6.30 petang.
 

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
 

Ayah baru balik dari sawah.
 

Ayah tanya Mak, “Along mana?’
 

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
 

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
 

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
 

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
 

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
 

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
 

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
 

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
 

Dua puluh tahun kemudian
 
Jam 6.30 petang
 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
 

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
 

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
 

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
 

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
 

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
 

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”
 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
 

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
 

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
 

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
 

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
 

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
 

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
 

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
 

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
 

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
 

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
 

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
 

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
 

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
 

Beberapa tahun kemudian
 

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
 

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
 

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
 

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


September 14, 2011

Update Kembali

Hohoiii....sElaMat Hari Raya....huhu..kan sekarang masih bulan syawal..jadi xsalah kalau nak wish lagi kn2..?
ke ada lagi yang masih pergi beraya..? =p Dah lama xberupdate belog ni, banyak halangan dari kerja la,masalah dengan internet lagi, serta kemalasan yang melanda...hehehe..

Ok, sky nak update semula pasal contest yang di buat dulu, sapa nak join, boleh klik SINI ....maaf untuk yang telah sertai di belog ini atau di belog Cik Still Alive sebab xupdate pasal contest ni...Patut nya ujung bulan puasa ari 2 da tamat,tapi disebabkan sedikit masalah yang xdapat dielakkan dengan kebizian cik still alive dengan gerai bazar ramadannya =p serta kemalasan di pihak sky yang membuat contest ni macam sepi je....dan tarikh tutup akan diberitahu semula nanti....jadi contest ni still  valid until now walaupun cik still da update sebelum ni tarikh tutup pada 10.09.2011.. =)

Tapi jangan risau,kitaorng tetap akan tunaikan janji untuk sapa yang berjaya bagi idea menarik untuk contest kitaorang tu ye.....pape nanti akan di update nanti.....Minta Maaf kepada semua ye....selamat hari raya.. =)


August 07, 2011

Fakta Tentang Berjaya Times Square

Berjaya Times Square...

Siapa tak tahu kat mana shopping kompleks ni..?
Kalau tak tahu..pergi la jalan2 ye lawat tempat2 di Malaysia ni..
Berjaya Times Square (BTS) ni terletak di Kuala Lumpur,
Jln Imbi kalau xsilap...
mengandungi pusat beli belah yang besar dengan 2 buah hotel bertaraf 5 Bintang..
Juga terdapat taman tema dalam kawasan tertutup yang terbesar di Asia di dalamnya..


BTS ini termasuk dalam kategori 20 Kompleks Beli Belah Terbesar di dunia..
Berada di tangga ke 10 mengatasi banyak tempat beli belah lain terutama di US dan China..
Tetapi Kompleks Beli Belah terbesar di dunia sekarang dipegang oleh South China Mall di Dongguan, China..


BTS juga termasuk dalam senarai bangunan terbesar di dunia..
Mengungguli carta No 5 dalam senarai bangunan terbesar di dunia sudah cukup menggagumkan kita sebagai rakyat Malaysia yang sudah mempunyai Bangunan Berkembar yang tertinggi di dunia (masih belum ada bangunan berkembar yang tertinggi setakat ini, kalau salah tolong update kn)

BTS berjaya mengalahkan kedudukan Pentagon yang berada di kedudukan ke 7 dalam senarai bangunan terbesar di dunia..
Yang terbesar sekali adalah Pusat Lelongan Bunga Aalsmeer di Belanda yang menjual kira-kira 19 Juta bunga  setiap hari... =)

Itu sedikit fakta tentang dalam negara kita, Malaysia..
Siapa2 yang suka shopping kt BTS ni..?
sky suka tengok wayang je kat sini...
nak shopping xmampu der..haha...

p/s : cik still alive, bila nk g tgk wyg lg.. =p

August 05, 2011

Tips Kurangkan Lapar Dan Dahaga (time puasa)

Pejam Celik...dah masuk hari ke 5 kita berpuasa, 
maknanya tinggal 26 hari lagi la kita puasa kan..
macam xsabar plak nak raya kan sky ni..haha....

hah...
tadi ada layan2 internet tadi..jumpa petua ni...dalam Gempak
petua untuk yang puasa je la..yang xpuasa..duk diam2.. =p

1) Korang WAJIB la sahur...kalau tak,mana nak dapat tenaga kan..
2) Baca la doa makan dulu, jangan la sampai mengantuk sangat doa pon lupa kan...
3) Gumpal nasi 3 ketul, baca surah al-ikhlas 1kali, dan makan 1 kepal/gumpal (ulang sampai cukup 3 kepal/gumpal). lepas tu korang makan la nasi macam biasa  
4) lepas makan nasi sume, korang makan la 7 biji kurma. Setiap biji kurma yang korang makan, dahulukan dengan selawat dahulu. Jadi nya 7 kali la selawat..

InsyaAllah..dengan izin Nya, korang terutama yang bekerja di bawah panas terik/ buruh dapat tahan sehingga berbuka..


Sekadar berkongsi.Selamat Berpuasa =)

Wallahualam



July 25, 2011

~~ "GiveAway CoNTesT RaMaDhaN~~by Sky8MeN n StiLL AliVe

ini adalah sticky post!!!
sila scroll ke bawah~~
untuk entry terbaru~~



wonderpet...wonderpet...kami datang!!
Membuat contest untuk semua orang...hehe!!
Okies...cm ne citenye..
Sky dah bersepakat dengan Cik Still Alive
nak adakan contest atas contest..
ada paham or penin2 ag pe yg kitorang maksudkan??
It means KAMI sepakat  nak korang
Fikir idea yang menarik untuk dijadikan tajuk contest
Jadi,sape yang dapat bagi idea terbaik, KAMI ambil idea 2 dan buat kontest dari idea pemenang tersebut.
Ini adal contest pertama untuk belog ni dan belog Cik Still Alive....harap korang support di smping dpt adiah yg mungkin akan ditambah lagi nilai wang tersebut.. =)

Syarat2 PENTING tapi senang :
1.          Mesti menjadi FOLLOWER cik STILL ALIVE dan encik SKY8MEN
2.         Buat tajuk entry tentang CONTEST ATAS CONTEST STILL ALIVE & SKY8MEN.. (copy paste je entry 2)
3.          Letakkan banner kt bhgn atas entry trsbut seperti yg kami paparkan kat atas nung..(copy paste je) hehe (wajib)
4.        Tuliskan 2 tajuk yang paling menarik+sengal+mereng+sedey+gile+ n wat else sume dilayan!! 
5.         Tagkan 3 or lebih orang Blogger n pastikan diorang tahu tentang contest ni.
6.         Tinggalkan link post di blog cik STILL ALIVE atau encik SKY8MEN. (law ajen letak kat 2 2 blog pon dilayan)
7.   wajib LIKE FAN PAGE kitorang...
8.      syarat TAK wajib letak link http://zuraidahismail89.blogspot.com/ dan http://sky8men.blogspot.com/ di bloglist korang. 

Pemenang akan diadili oleh kami berdua...
Idea CONTEST yang paling cunn!!!
Akan dipilih sebagai pemenang contest ni..
2 pemenang akan dipilih..

HADIAH:
1)hankerchief yang dijahit nama STILL ALIVE  n  SKY8MEN (menarik =) )
2)topup RM20 mengikut prabayar yg korang guna


TARIKH AKHIR:
25 OGOS 2011 aka 25 RAMADHAN

law de masalah boleh pm kitorang..ngeh2
hope korang sudi join contest ni...
adiosss:-)

June 29, 2011

12 Gambar TERBAIK (Part 2)

Ini untuk bahagian ke 2, siapa yang terlepas bahagian pertama, bole tengok kat sini PART 1













Fotografi terbaik eh... =)

June 27, 2011

Awak...saya mintak maaf...

Salam awak...cinta hati saya....
saya tahu saya tidak sesempurna lelaki lain,
tapi saya rasa saya sempurna bila awak di sisi saya,
saya bahagia sangat dengan awak selama kita kenal,
saya xpernah bosan dengan awak walau kita duk mesej 24jam atau cakap telefon,
saya dapat mesej dari awak, da buat hati ni gembira,


awak...
saya mintak maaf,
semalam bukan niat hati saya untuk tipu awak atau ape2,
saya mengaku saya salah,tapi memang saya rasa penat dan mengantuk semalam,
tapi ada sebab yang saya da bagitahu kat awak,saya xdapat tido, 
tapi saya tido lewat sikit je,
saya tido pun tak buat benda bukan2 belakang awak...

awak..
awak tau kan kita sayang awak sangat2...
saya xpernah rasa awak mnyusahkan hidup saya..
tapi kalau saya ada terbuat awak susah,saya mintak maaf sangat2 awak...
saya sayanggg awak!!

awak,
saya tahu saya pernah buat salah besar dulu masa permulaan kita kenal,
tapi itu dulu,
saya xnak kehilangan awak lagi,
saya nak awak,saya sayang awak..
saya terima awak seadanya awak xkira awak keadaan camne pun..


awakk...
maafkan la saya...
saya tahu awak banyak menangis disebabkan saya,
tapi saya tak mampu nak buat benda lain selaian mohon awak MAAFKAN SAYA...
saya berusaha lagi buat yang terbaik untuk awak...

kalau2 awak ada terbaca post ni....saya nak awak tahu,
SAYA SAYANG AWAK SANGAT2!!
maafkan saya wak.... =(

June 24, 2011

Siapa Suka Keropok Mony?

Hari Jumaat yang indah kt Kuala Terengganu..hehe..cuaca kt tempat korang camne,,ok?
rumah aku dekat dengan stadium Sultan Mizan...sape tau..?xkenal..?
stadium yang runtuh...mesti tau kn2..?hehe..
dekat je rumah aku dengan stadium ni..
stadium tu walau da runtuh,tapi aktiviti kat lua stadium ttp berjalan..
tiap2 petang jumaat ade drift,motor scrambler,lumba kereta kawalan jauh,tempat joging...dan macam2 lagi la..
(sumber pakcik google)

adess..lari tajuk lagi.haha..
ntah ape2 je kan tajuk lain tapi g citer pasal stadium plak..
saje nak promote stadium runtuh =p
benanya camni....
sape pernah tengok iklan Keropok Mony?ada kan kat iklan2....
aku bukan ape, cuma tengok iklan tu..memang lawak la..
tapi iklan tu walau kita nampak lawak..
tetap kita egt kn..?
jadi kaedah pemasaran yang diguna oleh syarikat tu memang menjadi la...hehe..
 jom layan video iklan kat bawah bg sape yang belum pernah tengok.... =p


hehe..bagi aku memang kelakar la iklan ni..tapi tetap terbaik!! =p

June 22, 2011

Anda Sihat?Saya sihat... =)

hohoi.....pekabor aa sume...
Semalam sky pergi bandar kt ngn rumah sky la...
bandar Kuala Terengganu...
niat nak pergi post surat kat adik dengan pi kat TM nak pasang streamyx plak kat rumah..
dah fedup sgt dengan broadband...huhu..
tadi just pergi ambil borang dan tanya2 kos sume je dulu...
egt nak ambil yang paling murah la..
sbb nak download skang pon web download da kena sekat kn..adess....


ha...lari tajuk ni...
nak cerita yang LPPKN iaitu sejenis kuih..opss...bukan la..hehe
Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara....
dorang ada buat pemeriksaan kesihatan percuma la smalam berdekatan Pasar Payang..
aku pon da tau benda percuma...cepat jela..haha..
aku sebenarnya nak check tahap kolestrol dengan glukosa dalam badan aku je ni...
nak check sama ada ada penyakit terutama kencing manis dan darah tinggi ada ke x...
agak xramai yang pergi,tapi aku buat muka xmalu juga pergi kt situ..
ada beberapa orang yang agak berumur la dari aku kat situ..
tengah tunggu giliran nak buat pemeriksaan..
nasib baik tempat menunggu dalam bas yang berEkon sejukkk...huhu..
Tapi da dapat result dari meksi aka Nurse,Alhamdulillah..tahap kesihatan aku di tahap terbaik!!syukur..
cuma aku di nasihatkan utk terus kekal ngn berat bdn cmni....lau boleh trun kn sikit pon ok..
jadi kena diet2 la ni 

da..itu je nak share...
korang jangan lupa check kesihatan korang..
skang penyakit nak datang xkira tua muda...
da..salam.. =)


June 21, 2011

Basuh-Basuh Time~~

hohoi......pekabo sume?selamat pagi aa....
1st Sky8men nak ucapkan takziah kepada kartunis@editor Ujang yg telah meninggal dunia...(alfatihah)
mood hari ni agak baik, 
pagi tadi bangun p hantar adik sekolah,
terus pegi pekan isi minyak motor penuh...
pagi2 elok isi minyak motor,sebab minyak masih sejuk dan tidak banyak wap2...
tapi lau isi tengah hari/time panas,banyak wap masuk dari minyak..?
kan da jimat lau isi pagi2...hehe..


jadi balik je terus basuh2 motor,
da lama xmandi kuda putih aku ni...
padahal tuan dia pon lom mandi lagi benanya..haha....

itu jela nak update hari ni...xde gambar pelik2 or aneh untuk post kali ni...hehe..
salam.. =)

June 10, 2011

12 Gambar TERBAIK (Part 1)


12 gambar untuk tontonan sekadar mengajak melihat dunia luar =)













MANTOP!!

June 04, 2011

Jemaah Kolestrol : Nasihat Yang Berguna



Cerita cerekarama di TV3 tadi aku tengok memang bagus la
banyak nasihat-nasihat dan petua kesihatan yang boleh kita teladani dari cerita itu.
Aku tak tahu da berapa kali cerita ni main kat TV3, 
tapi ni aku baru tengok cerita ni..
berunsur lawak pun ada,tapi banyak diselitkan dakwah dan petua untuk kesihatan..


Cerita kisah pasal jemaah masjid yang lebih kepada isu makanan semata-mata berbanding dakwah atau amalan yang perlu dilakukan..
kepercayaan karut juga menjadi tabiat orang sekarang yang selalu mengaitkan sesuatu yang terjadi dengan perkara khurafat...
apa-apa pun ,cerita macam ni memang bagus la dari duk tayang kisah pasal cinta,pasal perniagaan besar sume...

TV3 best!!

Jam Loceng Berkos Tinggi

Salam semua,
1st, sky8men nak ucapkan kepada Agong kita,

Selamat Hari Keputeraan untuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin 
Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Ok, berbalik kepada tajuk,
kenapa jam loceng ni perlukan kos tinggi..?
sebabnya,korang perlu letak duit korang dalam tempat yang disediakan,
jadi,selagi jam loceng itu berbunyi dan korang xoff kan jam loceng tu,
selagi itu la jam tu koyakkan duit korang,
hehe...jadi kalau xnak rugi,bangun je awal2.... =p



Kalau bagi kat sky8men, awal2 lagi da xnak pakai jam camni..haha..
boleh rugi wo00...kalau letak RM1 ok lagi, kalau RM50??hehe...

June 03, 2011

Air Buah Gelas Beso Pior

Yuhuu......
Saje rasa nak update plak pasal air buah gelas besar kat ngn rumah aku ni..
jarak lebih kurang 3minit naik moto..hehe..
Air buah gelas besar kalau kt Terengganu ni, kat area2 kampung aku ni agak popular la...
kat Seberang Takir, korang pernah dengar..?


nama kedai ni Air Buah Pior depan KEMAS dekat seberang takir..
aku datang sini benanya lepas main futsal,
singgah minom air carrot susu dengan mam mee hun sup...


ni aku order air buah gelas sederhana je..
ni pon xlarat sangat da nak habiskan...harga RM2.50..
murah ke mahal korang rasa..?

 aku duk bahagian dalam sikit.xramai sangat,

tapi kat belah depan memang penuh..

Selain air buah Pior ni,
ade juga air buah Pak Hassan...kedudukan xberapa jauh je..
tapi aku lagi suka datang sini la, santai je..
dah...cukup la itu untuk kali ni..hehe..
salam...

p/s : kualiti gambar xbape ok,snap guna kamera nset je.. =p

June 02, 2011

Cerita LION KING Tipu

Filem yang dikeluarkan oleh Walt Disney ini pada tahun 2002,
ada siapa2 ingat lagi?


memaparkan kemesraan haiwan2..hehe


itu secara fantasi nya...
realitinya...?hehe....



apa yang terjadi..? =p

Segalanya Tertera Di Sini..hehe...Jangan Takut aa =p

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Related Posts with Thumbnails