November 16, 2010

Panduan Solat Hari Raya

Salam hari selasa semua, hehe..Sekadar mahu berkongsi panduan untuk solat hari raya esok.Memandangkan kita sembahyang raya ni hanya 2x setahun, jadi saya agak ramai yang lupa cara-cara macam niat n so on. Jadi ni sebagai peringatan la untuk saya dan korang semua esok supaya dapat menunaikan sembahyang raya dengan lebih betul dan mendapat pahala dari-Nya. 
 Lafaz niat Solat Sunat Aidiladha

اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ مأموما/اماما ِللهِ  تَعَالَي
                         ( Maksudnya: Sahaja aku solat sunat ‘AidilAdha dua rakaat mengikut imam/imam kerana Allah taala)

  • Solat hari raya dua rakaat dimulai dengan ihram diikuti dengan doa iftitah.
  • Kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali sambil mengangkat tangan selari dengan bahu sebagaimana takbiratul ihram
  • Hendaklah diselangi di antara dua takbir sekadar masa membaca satu ayat sederhana dan sunat membaca di antaranya

         " Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahuakbar "
 (Yang bermaksud, Maha suci Allah, dan segala pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan    Allah Maha Besar.
 
  • Seterusnya membaca "Auzubillahi minasy syaitonirrajim", Fatihah dan satu surah atau beberapa ayat.
  • Selepas takbir ketika bangun pada rakaat kedua, hendaklah bertakbir sebanyak lima kali sebelum memulakan bacaan dan setiap takbir diselangi dengan bacaan tasbih sebagaimana yang disebutkan tadi.
Para ulama telah ijma' tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith;

Yang bermaksud, Amru bin 'Auf al-Muzani R.A meriwayatkan Nabi S.A.W bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil ADha) , pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah. 


Ok, itu sahaja la sekadar untuk dikongsi bersama. mana-mana yang silap itu, semuanya datang dari saya dan yang betul semua dari Allah.....esok jangan lupa g sembahyang raya ye...
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!


3 memBebEL:

Muka Haluih (MH) said...

Salam.. bro nice info! minta izin copy paste kt blog sy. >>mukahaluih.blogspot.com<<

sky8men said...

salam...silakn... =)

Muka Haluih (MH) said...

Thanks bro! :>

Segalanya Tertera Di Sini..hehe...Jangan Takut aa =p

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Related Posts with Thumbnails