Berjaya Times Square...
Siapa tak tahu kat mana shopping kompleks ni..?
Kalau tak tahu..pergi la jalan2 ye lawat tempat2 di Malaysia ni..
Berjaya Times Square (BTS) ni terletak di Kuala Lumpur,
Jln Imbi kalau xsilap...
mengandungi pusat beli belah yang besar dengan 2 buah hotel bertaraf 5 Bintang..
Juga terdapat taman tema dalam kawasan tertutup yang terbesar di Asia di dalamnya..
BTS ini termasuk dalam kategori 20 Kompleks Beli Belah Terbesar di dunia..
Berada di tangga ke 10 mengatasi banyak tempat beli belah lain terutama di US dan China..
Tetapi Kompleks Beli Belah terbesar di dunia sekarang dipegang oleh South China Mall di Dongguan, China..
BTS juga termasuk dalam senarai bangunan terbesar di dunia..
Mengungguli carta No 5 dalam senarai bangunan terbesar di dunia sudah cukup menggagumkan kita sebagai rakyat Malaysia yang sudah mempunyai Bangunan Berkembar yang tertinggi di dunia (masih belum ada bangunan berkembar yang tertinggi setakat ini, kalau salah tolong update kn)
BTS berjaya mengalahkan kedudukan Pentagon yang berada di kedudukan ke 7 dalam senarai bangunan terbesar di dunia..
Yang terbesar sekali adalah Pusat Lelongan Bunga Aalsmeer di Belanda yang menjual kira-kira 19 Juta bunga setiap hari... =)
Itu sedikit fakta tentang dalam negara kita, Malaysia..
Siapa2 yang suka shopping kt BTS ni..?
sky suka tengok wayang je kat sini...
nak shopping xmampu der..haha...
p/s : cik still alive, bila nk g tgk wyg lg.. =p